You are here: Home Info Umum Profail Latar Belakang
  • Ads3
  • ads2
  • Ads1

Latar Belakang Enter Coridor Training Centre

Pusat pentauliahan latihan kemahiran Enter Coridor Training Centre. atau lebih dikenali sebagai ECTC merupakan anak syarikat dibawah cawangan kepada Enter Coridor Sdn Bhd (ECSB) yang telah beroperasi sejak dari tahun 1998 dimana ia telah melalui pertukaran entiti perniagaan kepada syarikat persendirian milikan bumiputera pada tahun 2006.

Enter Coridor Sdn Bhd (ECSB) merupakan sebuah syarikat yang menyediakan aktiviti pembekalan alatan pejabat, peralatan dan perkakasan bengkel & mesin, peralatan alat bantuan latihan, perkakasan dan peralatan elektrikal elektronik, perkakasan dan peralatan automasi (sistem pneumatik, hidraulik, plc, robotik) dan perkakasan komputer serta menyediakan perkhidmatan pengendalian latihan kemahiran dan kursus teknikal jangka pendek seperti PLC, pneumatik, hidraulik, sistem servo dan sebagainya di beberapa Kolej Swasta, Pusat Latihan Kemahiran, Kementerian Pelajaran, Pusat Pengajian Tinggi serta industri-industri perkilangan.

ECSB mempunyai pengalaman dalam penyediaan tenaga pengajar bagi sijil SKM Industri Automasi, Industri Elektronik dan Suntikan Acuan Plastik (Plastic Injection Moulding) serta kursus untuk lepasan ijazah dan diploma dalam kursus Computer Intergrated Maufacturing Systems, Process Control Technology dan Building Monitoring System. Selain itu, ECSB juga mengendalikan kursus diperingkat Diploma Teknologi Elektrikal (Work Base Learning – WBL) dan Usahawan Kebolehpasaran untuk pelatih-pelatih Sijil Lepasan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Idea penubuhan Enter Coridor Training Centre Sdn Bhd (ECTC) dibawah cawangan ECSB ini telah terbit dimana perlunya wujud sebuah organisasi untuk melatih tenaga baru menjadi tenaga mahir serta memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam mempertingkatkan kemahiran kepada semua peringkat di industri negara.

Ia juga bermatlamat untuk memenuhi kehendak pasaran, kerjaya dan tenaga mahir yang mempunyai keyakinan dan keberanian untuk berdikari. Pusat latihan ECTC berkeyakinan tinggi bahawa tenaga yang dihasilkan mampu bersaing di pasaran kerja secara terbuka. Gandingan mantap tenaga pengajar yang berpengalaman dan kelengkapan peralatan aktiviti latihan yang berteknologi dapat dicapai dalam tempoh latihan program bagi memenuhi ruang teknologi yang terkini. Pengiktirafan pentauliahan sebagai Penyedia Latihan telah diperolehi pada Januari 2010.

Category: Profail

Penafian

     Enter Coridor Training Centre (ECTC) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.

     Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Pautan Web

       

Alamat

Enter Coridor Training Centre
28-1, Jalan Klang Sentral 2/KU5
Klang Sentral Bukit Raja
41050 Klang Selangor Darul Ehsan

  Tel: 03 - 33420687
   Faks: 03 - 33420648