You are here: Home Info Umum Profail Perutusan PPB
  • Ads3
  • ads2
  • Ads1

Perutusan Pengurus Pusat Bertauliah

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelayar laman web ECTC ini. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak berbelah bagi kepada semua ahli pasukan pembangunan laman web Enter Coridor Training Centre kerana telah  berjaya untuk mengadakan satu ruang maklumat kepada semua pelayar laman web. Dengan adanya maklumat yang tersedia, ianya dapat membantu untuk memperkenalkan lagi Institut ini dikalangan Rakyat Malaysia.

Enter Coridor Training Centre atau ringkasnya ECTC merupakan salah satu daripada Pusat Bertauliah bumiputera sepenuhnya dan kursus yang dijalankan adalah dibawah pemantauan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Objektif utama penubuhan ECTC adalah untuk mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi yang berterusan dan meningkatkan kualiti kemahiran tenaga kerja mahir dalam bidang utama iaitu kursus Automasi Industri. Kursus yang ditawarkan ini amat menepati pasaran kerja dimana ia hampir meliputi semua bidang yang terdapat di dalam industri. Di samping itu pihak institut juga menganjurkan kursus jangka pendek yang melibatkan kursus diantara pihak institut dengan pihak industri, lepasan graduan dan tenaga pengajar kemahiran.  

Dengan adanya laman web ini, ia dijadikan wadah komunikasi kepada pengunjung dengan maklumat terkini di dalam perkara-perkara yang berhubung maklumat kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan institut ini.

Disamping itu Enter Coridor Training Centre juga akan memperolehi maklumbalas segera daripada pelanggan melalui internet Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan yang bernas daripada pengunjung laman web ini untuk membolehkan ECTC menjadi sebuah institut latihan kemahiran yang sentiasa unggul dan berdaya saing di masa yang akan datang.

Akhir kata, dengan adanya laman web ini diharapkan dapat memberi ruang kepada mereka untuk memilih, berhubung dan mendapatkan latihan khususnya ke arah membantu negara membina modal insan dan menuju negara maju pada tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

(Ahmad Radzi Bin Yusoff)

Pengarah

Enter Coridor Training Centre

Category: Profail

Penafian

     Enter Coridor Training Centre (ECTC) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.

     Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Pautan Web

       

Alamat

Enter Coridor Training Centre
28-1, Jalan Klang Sentral 2/KU5
Klang Sentral Bukit Raja
41050 Klang Selangor Darul Ehsan

  Tel: 03 - 33420687
   Faks: 03 - 33420648