You are here: Home Info Umum Profail Piagam Pelanggan
  • Ads1
  • Ads3
  • ads2

Piagam Pelanggan Enter Coridor Training Centre

Kami di Enter Coridor Training Centre  akan berusaha untuk mengeluarkan dan meningkatkan tenaga mahir  terlatih yang diperlukan oleh negara. Dengan itu:

  • Kami akan berusaha mengarusperdanakan latihan kemahiran dengan menyedia dan mengendalikan program  latihan kemahiran yang berkualiti bersesuaian dengan keperluan institusi latihan kemahiran negara dan perkembangan teknologi semasa
  • Kami akan berusaha mengiklankan dan menyebarkan maklumat peluang latihan yang dijalankan kepada masyarakat umum. Permohonan kursus adalah terbuka sepanjang tahun.
  • Kami akan berusaha untuk membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan penyampaian latihan di pusat bertauliah mengikut keperluan sektor industri negara;
  • Kami akan berusaha  untuk melahirkan tenaga mahir  yang berkompeten dan berkelayakan mengikut standard pekerjaan kemahiran kebangsaaan; dan
  • Kami akan berusaha untuk menyediakan prasarana pembelajaran, kelengkapan latihan, infrastruktur ICT yang lengkap dan persekitaran yang kondusif bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
Category: Profail

Penafian

     Enter Coridor Training Centre (ECTC) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.

     Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Pautan Web

       

Alamat

Enter Coridor Training Centre
28-1, Jalan Klang Sentral 2/KU5
Klang Sentral Bukit Raja
41050 Klang Selangor Darul Ehsan

  Tel: 03 - 33420687
   Faks: 03 - 33420648